..VVIP..

SUKA TAK?

Thursday 19 May 2011

SUBHANALLAH! 5 nyawa sekaligus??

Assalamu'alaikum w.b.t..

"ape benda pulak yang 5 nyawa ni? macam macam hal la si ana ni.. bior aku klik jap.."

JENG JENG JENG!!! hari ni kite happy sangat! kenapa? kucing kite dah beranak... 5 ekor semuanya.. hehe, saje buat tajuk GEMPAK.. nak tarik minat korang untuk mengintai blog kite.. ye la.. dah berapa hari kite tak update kan.. masih lagi busy nak menyiapkan 3 entry ilmiah.. ohhoooiiii... susah jugak nak jadi blogger ni kan? input kena MANTOP, pengisian kena TEPAT.. ah, kite melalot pulak..

tepat 4.30 pagi.. tengah syiok syiok kite tido.. kite terdengar bunyik anak kucing.. kuat sangat! mamai la katekan.. kite lupa yang kite buatkan wad bersalin kucing kite tu bawah katil.. betul betul kat bawah kepala katil.. patut la kuat... hehe, teros segar mata kite.. nak jenguk, tak berani.. takot ade Ju On kat bawah.. hehe, mengarut je.. kite tak nak kacau KONSENTRASI kucing kite tu je sebenarnya.. ;p

actually bukan ni yang kite nak highlightkan untuk entry kali ni... kegembiraan ni adalah satu contoh yang kite nak bagi untuk menyedarkan betapa AGUNGNYA kekuasaan ALLAH dalam setiap penciptaan-NYA.. mungkin ramai yang dah tahu.. manusia asal kejadiannya daripada tanah.. dari api terciptanya syaitan.. malaikat daripada cahaya.. tapi mungkin tak ramai yang tahu asal kejadian haiwan kan? (kite pon baru tau sebenarnye ni.. baru je google tadi..hehe)

"Tidakkah orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut, lalu Kami belahkan keduanya? Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air.Tidakkah mereka percaya?" [surah al-anbiya' : 30]

pulak dah?? mane dalil pasal asal usul haiwan ni ana nyeee.... haaa... sabar.. itu intro saje.. macam buat karangan, mane boleh terjah je kat isi kan.. ;p

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [surah an-Nur : 45]

haaa... nampak tak tu? ini berdasarkan dalil Al-Quran.. macam mana kejadian sebenar, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.. sesungguhnya ilmu yang diberikan kepada manusia hanyalah sekecil zarah.. hinggakan kalau diberikan lagi 7 lautan yang luas, lalu dijadikan dakwat, belum tentu cukup untuk mencatat segala imu-NYA.. SUBHANALLAH.. :)

tapi... ini berdasarkan Sains pulak.. biasa la.. manusia akan mengkaji untuk mengetahui.. kite ni bukanlah pakar, tapi melalui dokumentari, yang kite pon dah tak ingat apa tajuknya.. dokumentari tu menunjukkan bahawa EVOLUSI terjadi.. bermula dengan PROTEIN.. semua orang tau yang protein tu datangnya dari sumber haiwan kan? protein terdiri dari ASID AMINO, di mana asid amino berbentuk cecair yang terdiri benda bukan organik(karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen).. dan apabila asid amino yang terdiri daripada 20 jenis ni bercantum, maka air akan disingkirkan lalu membentuk rangkaian protein.. maka terciptalah haiwan, dan terus berevolusi.. huuuuhhh... pening kepala kite nak explain.. dah menggaru garu kepala dah sebenanrnya ni.. ;p

tapi.. teori evolusi kan menentang agama Islam.. dan ALLAH S.W.T awal awal lagi menegaskan di dalam Al-Quran :

"Aku tidak memanggil mereka menyaksikan atau membantuku menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga minta bantuan sesetengahnya untuk menciptakan yang lain, dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk2 yang mnyesatkan itu sebagai pembantu." [surah al-Kahfi : ayat 51]

nampak tak kat situ? maka secara AUTOMATIKNYA.. teori evolusi asid amino tadi, TERBATAL sama sekali.. huishh.. peningnya entry kite kali ni kan? haaa.. itu maknanya, betapa terbatasnya kotak pemikiran manusia yang kerdil lagi hina jika nak dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH S.W.T.. sedangkan nak memahami kejadian manusia pun kite tak mampu, apatah lagi nak menghuraikan kejadian haiwan.. WALLAHU'ALAM..

okay la.. kite pon dah pening sebenarnya ni.. dari pukul 2 tadi duk menyusun ayat untuk menghuraikan topik ni dengan ringkas dan padat.. oleh itu, kite nak menamatkan entry ni.. semoga kite semua lebih bersyukur dan lebih beriman dengan kekuasaan ALLAH..

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti-bukti kekuasaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." [surah al-'Aaraf : ayat 179]

sesungguhnya KESEMPURNAAN itu datangnya daripada ALLAH S.W.T, dan kekurangan itu datangnya dari KELEMAHAN diri kite sendiri.. ;)

No comments:

Post a Comment